Links to other websites: English

___________

  PENDIDIKAN SWASTA DI MALAYSIA
 
  A. PENGENALAN


Pendidikan swasta adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh institusi pendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta adalah institusi bukan bantuan Kerajaan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Penubuhan, pengurusan dan pengoperasian institusi pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya.

  B. PERKEMBANGAN


Pendidikan swasta di Malaysia bermula sejak 1950an, terutama sebagai laluan kepada pelajar yang tidak dapat meneruskan pengajian di sekolah-sekolah Kerajaan bagi memperolehi sijil-sijil asas mereka. Pada awal 1970an terdapat anjakan terhadap peranan dan fungsi sistem pendidikan swasta di mana pengusaha pendidikan swasta mula mementingkan kursus-kursus prauniversiti.


 

  C. KATEGORI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA


Institusi pendidikan yang tergolong dalam kategori ini menawarkan pendidikan dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah. Jenis-jenis institusi pendidikan swasta dalam kategori yang perlu didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan termasuklah:

  • Tadika swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

  • Sekolah rendah dan menengah swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan dan penilaian yang dicadangkan

  • Sekolah rendah dan menengah agama swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan

  • Sekolah persendirian Cina yang mengikuti garis panduan Kementerian Pelajaran

  • Sekolah Ekspatriat

  • Sekolah Antarabangsa

  • Pusat tuisyen yang menyediakan bantuan pelajaran kepada para pelajar mengikut Kurikulum Kebangsaan

  • Pusat bahasa, pusat latihan komputer, pusat kemahiran/ perdagangan, sekolah gaya pos dan lain-lain

^Top


Disclaimer: The Ministry of Education, Malaysia shall not be liable for any lost or damage caused by the usage of any information obtained from this website.BPS © 2012 All rights reserved.